Sunday, 22 May 2011

Preparation sikit sebanyak [ It's My KOnvoo Time ]

salam.... entry hari ni nak cerita pasal preparation aku nie hah.. nak Ke KUANTAN.... hehe MASA yang ditunggu-tuggu bakal tiba juga.....

Konvokesyen POLISAS kali ke 32 !!!!

hehe dgn ada Banner lg taw....

---> mood nak konvo nie dah melonjak-lonja sejak sebulan yg lalu hahahaha (over la tuh)
mcm2 la preparation yg dibuat... semua nak kena beli..... gaji plak beribu kan ..... hahaha Sabor je lah
-baju & seluar awal lg dh tempah....
-kasut
hadoi mcm lg benda remeh temeh yg banyak keluarkan duit.. tu x masuk g bank bayar duit konvo la.. pos surat jawapan, sampul bagai bagai.. ahhahaha
apa-apa pon.. semua tu perlu la kan untuk nk Konvoo nie hahahah
harap2 Kepuah la kan time konvo nnt

**malam nie Aku bertolak naik Bus kt terminal Sahab pedrana,Alor star... hamboi x sabar ehh (tp kepuah gak la duk dalam bus tu sementara nak tunggu sampai kuantan esok Pagi nye....)

petang esok plak ada Raptai & sesi ambik Jubah..... KAWAN-KAWAN.. see u there
PAgi selasa tu.. hah tudia !!! waktu yg dinanti-nantikan... konvoo time hahaha tunggu la enrty berikutnya untuk gambar-gambar dan storystory during Majlis konvo itu dilangsungkan hehehe...

bubye

Wednesday, 18 May 2011

SOmbong tak bertempat !!!

salam.... halo halo halo...

kalau baca tajuk pon pasti semua pakat-pakat boleh agak kan... apa ISI-Isi untuk entry kali nie.. hahahahaha
It's About SOMBONG ........ seriously aku ni takde la perfect mana pon.... orang slalu berkata "nobody is perfect" "setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan" hahaaa lebih kurang mcm tu la kan.. hehehehe

so nak story la sket ttg seorang HAMBA AllaH nie kan.... sombongnye tak bertempat.... padahal dengan tidak disedari olehnya.... orang lain sudah banyak membantu dia... tidak kira perkara penting mahupun remeh temeh .... (tak mau la nak explain lebih-lebih.. nanti orang cakap tolong TAK IKHLAS pulak) heheheh

tapi apa boleh buat... semua JASA dan PERTOLONGAN itu tidak dingati.. tetapi yg tersemat di hati Hamba Allah ni hanyalah Kebencian , Sifat Negatif , Ego , meninggi diri & SOMBONG TAK BERTEMPAT ~~~ janganlah kamu amalkan selalu.. nanti akan memakan diri.... huhuhuuu

so renung-renungkanlah....... hahahaahah
sekian terima kaseh

ngantuk sudah..... bubye

Tuesday, 10 May 2011

Wow BestNya konvokesyen Ptss ...... tak sabar menunggu konvo PoLisaS pulak

Assalamualaikum....

Hari ini.. 9.5.2011 merupakan hari yang bersejarah buat adik ku Fendi.... hari Konvokesyen  PTSS yg ke-5 dilangsungkan dgn gilang gemilang........ 
aku, ibu ku tercinta, adik ku Alia dan Fendi tiba di poli dalam pukul 1 tgh hari  lebih gitu... punye la excited bila tgk budak2 yg dah selesai terima konvo (sesi pagi :untuk pointer 3.5 ke atas)  berjalan meninggalkan Dewan Harumanis PTSS di iringi keluarga dan sahabat... Cantik dan segak masing-masing berjubah konvo, ada yang berbaju melayu lengkap bersampin,tak kurang jugak yang ber kemeja dan ber kot... ala-ala tuah hakim pon ada....

Lepak_lepak sementara menunggu majlis sesi petang berlansung aku pon jumpa la dengan Afifi ,  amer, Apex , muaz dan ramai lagi rakan sekelas Fendi... borak-borak la kejap.. hehehe

TEPAT pukul 2 petang aku,ibuku & adik perempuan aku pon masuk la dalam dewan Harumanis yg gilang gemilang tu.... WAHH !!!! Teruja !!!! sungguh indah dewan tu (sambil duk berangan mcm mane la rupa dewan Konvo aku nanti kat kuantan ) hahahahhaha

ni la suasana kemeriahan kat dewan ptg tadi....
berjam-jam la jugak menunggu ... lastly hah disebutlah nama MOHD AFFEND B MOHD ZAKI !!! tudia dengan segaknya adik aku pon naik atas pentas dan menerima DIPLOMA nya              ( padahal bekas letak sijil je, lepas pulangkan Jubah baru dapat Diploma sebenar) hehehehehe

nie hah !! Trio 3 beradik MEletop afte konvo... hehehe

dalam pukul 6 petang ... selepas selesai pemulangan jubah semau kami pon beransur la pulang..... heheheh tp sebenarnya pegi lepak kat Kuala Perlis dulu.... makan BBQ tepi pantai.. lepas tu baru la balik...

BEST Excited hahahahahahha

sekian.....Tq kepada yang membaca...

Monday, 9 May 2011

SABOTAJ nyehhhhh !!!

ASSALAMUALAIKUM.........

***entry hari ni berkaitan dgn sabotaj.. hehehehe OH DUNIA !!!

hadoi banyak perkara yang sabotaj belaku dlm diri aku, kami sbgai student JTM batch januari 2008.... hahahhhaha amatlah banyak..... rasa geram ade... marah... kecewa....  semua bercampur baur pabila memikirkan kembali tentang semua memori pahit itu..... malas nak describe satu-satu... buat sakit hati jew



so...... saborr jew la....
trade mark dia "aku insan yang lemah, hanya mampu berserah "

good nite

Sunday, 8 May 2011

MAK !!! Hari Yang Indah buat Mu ♥♥♥

Assalamualaikum.....

sempena hari Ibu hari.... aku nak kongsikan sikit fakta tentang hari iBu :

Sejarah hari Ibu 

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia.Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. tetapi di malaysia hari ibu disambut pada 8 Mei setiap tahun.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. sumber (www.wikipedia.com)


hahaha Dan puas dah baca info tu ??? saja jer nak share..
tambah-tambah sikit info kan.. tak salah.....
***sempena hari ibu... entry ini khas ditujukan buat ibu ku tersayang  ♥♥♥♥♥♥
Shakinah Bt Mat Jusoh. 
the best mother for ever 




..kau tiada tandingannya di dunia ni...

** terima kasih kerana menerima aku dalam rahimmu....


    terima kasih kerana sedia menjaga aku semasa sakitku....

     terima kasih kerana tak pernah memadamkan rasa sayangmu padaku....

terima kasih untuk setiap doamu....


terima kasih YA ALLAH kerana kau memberi kesempatan padaku menjadi sebahagian dari dirinya.....


terima kasih YA ALLAH kerana kau jadikn dia IBUKU..






Puisi buat Mak 




Ibu...

tiada indah selain belaianmu

tiada suci selain doa tulusmu

terhentiku di pusara rahimmu

di antara perjalanan matahari dan rembulan

kasih sayangmu tercurah untukku anakmu..










Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Wanita yang tinggal di dalam rumah untuk memelihara anak akan menyertai ku di syurga" (Riwayat Kanzal Ummal).


Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

Sekian, coretan buat mu Ibu ku...... 

Saturday, 7 May 2011

CUte Boy From London !!!

 Assalamualaiku...... Salam sejahtera.... salam perpaduan..... salam 1 Malaysia
(dh mcm PM plak)

Apa khabar kawan-kawan ? sihat kah anda ? maklum la sekarang ni cuaca x menentu, bila panas.... panas giler.. bila hujan seJUkkk sangat...  [kalau lah kita boleh controll cuaca ni kan.... ] 

so kali ni nak share la gambar yg agak Classik la.. time Aku kecik-kecik dulu.... dalam umur 3 ke 4 tahun gitu la.. tak sure plak.. hehehehehe. mengimbas kembali kenangan ketika di zaman kanak-kanak
BEST !!! semua boleh buat.. free je kan.. hahahaha .  main puas-puas, tak payah nak fikirkan tentang masalah-masalah, xde rasa boring... yang tahu hanya best.. fun.. !!

... cute kan  ❤❤❤❤❤❤ ? kat tangan tu ala2 rockstar gitu~~

Zaman kanak-kanak ku tidaklah kesunyian sebab aku dikurniakan seorang adik Kembar (kembar tahun la aku lahir january--dia bulan disember) namanya Fendi .... dia la teman sepermainan aku time kanak-kanak dulu... hehehehe


nie gambar kami berdua ~~~ masa ni umur 5 tahun tak silap.. hehehe






ni gambar aku bila sudah sewasa.... hehehehe saja nak interframe gak !!