Sunday 8 May 2011

MAK !!! Hari Yang Indah buat Mu ♥♥♥

Assalamualaikum.....

sempena hari Ibu hari.... aku nak kongsikan sikit fakta tentang hari iBu :

Sejarah hari Ibu 

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia.Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. tetapi di malaysia hari ibu disambut pada 8 Mei setiap tahun.
Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini. sumber (www.wikipedia.com)


hahaha Dan puas dah baca info tu ??? saja jer nak share..
tambah-tambah sikit info kan.. tak salah.....
***sempena hari ibu... entry ini khas ditujukan buat ibu ku tersayang  ♥♥♥♥♥♥
Shakinah Bt Mat Jusoh. 
the best mother for ever 




..kau tiada tandingannya di dunia ni...

** terima kasih kerana menerima aku dalam rahimmu....


    terima kasih kerana sedia menjaga aku semasa sakitku....

     terima kasih kerana tak pernah memadamkan rasa sayangmu padaku....

terima kasih untuk setiap doamu....


terima kasih YA ALLAH kerana kau memberi kesempatan padaku menjadi sebahagian dari dirinya.....


terima kasih YA ALLAH kerana kau jadikn dia IBUKU..






Puisi buat Mak 




Ibu...

tiada indah selain belaianmu

tiada suci selain doa tulusmu

terhentiku di pusara rahimmu

di antara perjalanan matahari dan rembulan

kasih sayangmu tercurah untukku anakmu..










Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Wanita yang tinggal di dalam rumah untuk memelihara anak akan menyertai ku di syurga" (Riwayat Kanzal Ummal).


Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

Sekian, coretan buat mu Ibu ku...... 

No comments:

Post a Comment